Copyright © 2019   I  Unit Keusahawanan Politeknik Merlimau, Melaka.

Program

 

Program pendidikan keusahawanan di Politeknik Merlimau terdiri daripada TIGA program utama iaitu PLUS (Politeknik Lahir Usahawan Siswa) sebagai program pembudayaan, diikuti oleh program pembangunan iaitu Start-Up dan seterusnya program pengukuhan dikenali sebagai Junior Billionaires

PLUS 

 

Politeknik Lahir Usahawan Siswa atau lebih dikenali PLUS ini merupakan program pembudayaan keusahawanan yang melibatkan pelajar-pelajar semester satu pada setiap semester. PLUS merupakan satu usaha untuk memberikan pendedahan awal dan memupuk minat keusahawanan dalam kalangan pelajar politeknik.

Start-Up Entrepreneurs

 

Start-Up Entrepreneurs merupakan satu program membangunkan usahawan muda dalam kalangan pelajar melalui modul latihan perniagaan sebenar di dalam kampus melalui Inkubator TVET, Kiosk dan perniagaan secara online. Pelajar-pelajar yang berminat boleh memohon untuk menjadi Perantis Inkubator TVET PMM.

Junior Billionaires

Junior Billionaires merupakan program peringkat pengukuhan yang membantu perkembangan perniagaan pelajar yang telah mempunyai produk sendiri. Pelajar-pelajar akan diberi peluang dan bantuan sokongan dalam aspek pengkomersilan produk di samping membina jaringan perniagaan bersama industri & agensi.